MAHIR Foto
3 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 2 Disember 2025, satu kelas MAHIR Foto telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian bertempat di NADI Felcra Sungai Ara. Kelas ini diadakan sebagai sesi ulasan dan rumusan (recap) bagi keseluruhan pelaksanaan Program MAHIR Foto Intake 2 yang telah berlangsung dan kini telah berakhir. Sepanjang sesi ini, para peserta diberikan penerangan semula berkaitan pengisian program, khususnya kemahiran asas dan lanjutan dalam penghasilan foto menggunakan gajet, teknik penggambaran yang betul, pencahayaan, sudut pandang serta aplikasi suntingan yang sesuai. Program ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta terhadap ilmu yang telah dipelajari, di samping membantu mereka mengaplikasikan kemahiran fotografi digital secara lebih berkesan dalam aktiviti harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: